KATALALUAN MUDAH  

Di sini saya akan cuba menerangkan satu aspek lagi berkenaan dengan laman web iaitu untuk mengawal fail-fail kita dari diakses oleh orang yang kita tidak kehendaki.

Kita akan menyediakan KATALALUAN (PASSWORD) dan contoh yang ada di sini adalah berdasarkan Javaskrip dan bukan melalui http authentication. Walau bagaimanapun untuk menjadi asas pembelajaran, nota ini amat berguna.

Sebagai contoh:-

Klik di sini untuk pergi ke halaman rahsia!!


Seandainya anda tidak tahu katalaluannya, anda tidak mungkin dapat memasuki daerah rahsia itu. Sebenarnya katalaluan itu ialah nama bagi dokumen yang tersimpan di dalam direktori yang ditentukan. Misalnya jika anda memilih ukmunitar sebagai katalaluan,  maka namakan dokumen yang ditargetkan itu sebagai ukmunitar. Mudah!

Sekali lagi saya beritahu, katalaluan ialah nama dokumen yang rahsia itu.

Sementara itu, katalaluan bagi contoh di atas tadi ialah syahdu. Cuba sekali lagi!

Klik di sini untuk pergi ke halaman rahsia!!


Begini caranya untuk memasukkan ke dalam laman web:

Apa yang perlu anda lakukan pada peringkat permulaan ialah membina  sebuah laman web ringkas.  Jika anda telah mahir, anda boleh menyelitkan saja kod-kod Javaskrip ini nanti di mana-mana bahagian laman web anda.

Terdapat 2 dokumen yang kita perlukan.

  1. laman utama. (yang mempunyai Javaskip untuk menanya katalaluan)
  2. dokumen target bila katalaluan itu betul.
Mula-mula kita bina laman utama. Salin kod-kod berikut di dalam satu folder baru sebagai dan namakan failnya sebagai password.html.
<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Homepej Saya</TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>
Kemudian tambahkan kod di bawah ini di dalam tag HEAD ...
<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Homepej Saya</TITLE>

<SCRIPT language="JavaScript">

// Anda boleh ubah baris berkenaan untuk menukar mesej di status bar.
    var statusMsg = "Halaman Memerlukan Katalaluan"

function katalaluan() {
   var password = prompt("Masukkan katalaluan:", "");
   this.location.href = password + ".html";
}
//--></SCRIPT>

</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>

Sekarang nmasukkan capaiannya pula:
<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Homepej Saya</TITLE>

<SCRIPT language="JavaScript">
// Anda boleh ubah baris berkenaan untuk menukar mesej di status bar.
    var statusMsg = "Laman Memerlukan Katalaluan"

function katalaluan() {
   var password = prompt("Masukkan katalaluan:", "");
   this.location.href = password + ".html";
}
//--></SCRIPT>

</HEAD>
<BODY>

<A HREF="javascript:katalaluan()"
   onMouseOver="self.status=statusMsg; return true"
   onMouseOut="self.status=''; return true"
   onClick="katalaluan(); return false">Klik di sini</A> untuk masuk ke LAMAN RAHSIA!

</BODY>
</HTML>

Dan tambah sedikit kenyataan untuk mereka yang dah matikan Javaskrip dari browser mereka:
<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Homepej Saya</TITLE>

<SCRIPT language="JavaScript">
// Anda boleh ubah baris berkenaan untuk menukar mesej di status bar.
    var statusMsg = "Laman Memerlukan Katalaluan"

function gateKeeper() {
   var password = prompt("Masukkan katalaluan:", "");
   this.location.href = password + ".html";
}
//--></SCRIPT>

</HEAD>
<BODY>

<A HREF="javascript:katalaluan()"
   onMouseOver="self.status=statusMsg; return true"
   onMouseOut="self.status=''; return true"
   onClick="gateKeeper(); return false">Klik di sini</A> untuk masuk ke LAMAN RAHSIA!
<NOSCRIPT><FONT COLOR="#FF0000">
   <BR>Javaskrip diperlukan untuk mengakses kawasan ini. Browser anda 
     nampaknya tidak berkebolehan membaca Javaskrip.
   </FONT></NOSCRIPT>

</BODY>
</HTML>

Cukup itu sebagai laman permulaan. Sekarang kita cipta dokumen yang ditargetkan.

Salin kod-kod berikut dan simpan dengan apa juga nama katalaluan yang anda pilih. Jika anda mahu katalaluannya pendekar maka simpan fail itu sebagai pendekar.html. Saya pilih katalaluannya sebagai syahdu maka saya namakan fail itu sebagai syahdu.html.
<HTML>
<HEAD>
<TITLE></TITLE>
</HEAD>

<BODY>
<H1 ALIGN=center>LAMAN RAHSIA!</H1>
</BODY>

</HTML>

Sekarang anda boleh lihat fail password.html di dalam browser anda. Ingat, katalaluan ialah nama dokumen yang ditargetkan, oleh itu, katalaluan di sini ialah syahdu.

CUBA SEKARANG

Izinkan saya untuk menerangkan tentang pentingnya diwujudkan satu fail yang bernama index.html di server. Ini ialah untuk mengelakkan dari penyenaraian isi direktori semasa ianya diakses, yang memungkinkan pencerobohan berlaku.

Jika anda ingin mengakses dokumen tertentu di server anda akan menaip lebih kurang begini...

http://www.perniagaan.com/namaanda/lamansaya.html

Dan anda akan memperolehi lamansaya.html.

Katakanlah anda tidak menaip nama fail, tetapi sebaliknya hanya menaip alamat direktorinya sahaja...

http://www.perniagaan.com/namaanda/

Di kebanyakan komputer pelayan (server), anda akan ditunjukkan satu senarai yang menderetkan nama-nama fail yang terdapat di dalam direktori itu... kecuali terdapat apa yang dinamakan "dokumen mantap" di dalam direktori itu. Biasanya nama dokumen mantap itu ialah index.html. (Di beberapa buah server yang lain nama dokumen mantapnya berbeza.. seperti "default.htm" or "index.htm" atau "welcome.html" dan sebagainya.)

Adalah merbahaya jika pengunjung memperolehi senarai fail-fail yang ada di direktori, kerana ianya boleh dibuka dan dibawa turun. Dan inilah diantara satu cara bagaimana penceroboh (hackers) mencuri fail-fail di server.

Begitulah pentingnya kita mempunyai sebuah fail mantap di dalam direktori kita. 


Anda boleh mengubah mesej di status bar apabila tetikus berada di atas capaian itu. Buka fail password.html dan ubah baris berikut...
[snip]...

// Anda boleh ubah baris berkenaan untuk menukar mesej di status bar.
    var statusMsg = "Kawasan Dilindungi Katalaluan"

...[snip]


Anda juga boleh menggandingkan 2 kotak  pertanyaan untuk pengenalan identiti dan katalaluan.

Di sini saya perturunkan satu contoh  (namapenggguna ialah soney, katalaluannya ialah sanita878)

Di sini saya perturunkan kod untuk contoh di atas...
[snip]...

function katalaluan2() {
   var username = prompt("Masukkan namapengguna anda:", "");
   var password = prompt("Masukkan katalaluan anda:", "");
   this.location.href = username + "/" + password + ".html";
}

...[snip]

 

Demikianlah serba ringkas panduan mencipta katalaluan dengan menggunakan teknik Javaskrip. Fungsinya amat berguna terutama jikalau kita mahu menghadkan pengaksessan fail hanya kepada orang tertentu - misalnya di sebuah kelas maya (virtual class) di mana hanya pelajar tertentu saja yang dibenarkan membuka fail-fail soalan dan hanya guru tertentu saja yang dibenarkan melihat jawapan.

Ia juga berguna untuk melihat keputusan peperiksaan, jadual waktu dan fail-fail peribadi tertentu.

Ada sejenis lagi, tetapi amat rumit untuk dihuraikan di sini dan insyaAllah akan dihuraikan pada masa akan datang. Cuma diberikan contohnya disini.

Nama pengguna : perawan
Katalaluannya   : ukmbangi

KLIK DI SINI
 

SELAMAT MENCUBA.


 
Pel 1 Pel 2 Pel 3 Pel 4 Pel 5 Pel 6 Indeks
TUTORIAL ASAS HTML

[Tutorial Jadual] [Tutorial Borang] [Tutorial Bingkai] [Tutorial Pemetaan Imej]
[Java & Javaskrip] [Katalaluan Mudah] [Muzik Latarbelakang] [Sumber Lain]  
[BUKU PELAWAT] ZULKIPLY HARUN'S ONLINE PORTFOLIO
1