Hantu IRC
Mansur, seorang pekerja di sebuah opis yang ternama di negeri Perak kat
M`sia, adalah seorang lelaki yang kurang macho kerana janggutnya yang menyerupai
kambing tanah dan rambutnya yang hilang di bahagian tengah kepalanya. Satu
lagi keistimewaan Mansur ialah dia boleh tenet kat IRC dengan FREE sebab
dia pakai komputer opis..
Nak dipendekkan cerita, Mansur yang berumur dalam lingkungan 30-an nih
dan masih belum mempunyai isteri yang tetap.. terjumpa seorang awek di
IRC. Maka banggalah si Mansur nih sebab dapat kenal ngan awek yang dianggap
cun dari segi bahase.
Maka Mansur pon tenetlah tetiap hari ngan awek yang duduk kat negeri Perlis
nih.. sampai ke satu hari, Mansur tanye kat aweq nih dengan muke setebal
kusyen "Awak nih dah berpunya ke?". Awek tuh jawab "Belum.."Lalu banggelah
Mansur dengan awek yang masih belom berpunye nih. Akibat terlalu gumbira,
dia terlupa nak tanye umor awek nih..
Setelah 3 bulan Mansur ber'CyberHoneymoon' ngan awek nih, tetiba awek nih
cakap kat dia yang dia kenal Mansur walaupun Mansur tak kenal dia pon.
Awek nih bagitau sumer informasi tentang Mansur kepada Mansur.. saiz kasut
Mansur, saiz baju, seluar, stokin, pukul berapa Mansur selalu berak, kencing,
mahupun saiz spender Mansur sekali..DENGAN TEPAT!!
Mansur dah gelabah.. camner awek nih tau sume bende? Pastu Mansur
tanye kat awek nih "Awak nih siapa sebenarnya?" Awek tuh pulak jawab "Akulah
yang menyesatkan semua umat Islam.. Akulah yang menyebabkan peperangan
di seluruh dunia.. akulah..... Syaitan".
Mansur yang dah menggelabah abis tuh terus pengsan depan PC kat opis dia..
keesokan harinya, Mansur ditemui seperti gambar di bawah..